2010
Mengapa tahun 2010 amat istemewa? Angkanya cantik dan genap. Nak sebut pun rasa macam special je. Jadi aku ambil peluang yang ada untuk menaip sesuatu untuk bacaan semua. Memang nak dibandingkan dengan tahun lain selain 1989 (tahun aku lahir), 2010 banyak memberi impak kepada aku dan orang yang muncul dalam hidupku. Sama ada dah lama ada depan mata atau pun baru muncul setelah sekian lama tak jumpa. Baru jumpa pun ada juga. Cerita ni aku tak larat nak taip A sampai Z, jadi aku ambil mana yang aku rasa seronok nak share.
Ok! Kita mula dengan bulan Januari 2010. Nama pun dah terlibat dengan organisasi, memang patut tak sempat nak hirup 1 Januari 2010 lama-lama. Petang 1 Januari tu aku dah kembali balik ke kampus. Tak da benda lain kalau tak handle orientasi. Sunyi, sepi, takda satu makhluk yang boleh dilihat dengan mata kasar (kecuali kucing-kucing yang takda rumah) berkeliaran di kampus. Asrama Kenyalang tiga tingkat tu macam tak nak je senyum bila lihat kemunculan aku kat depan muka dia. Well, aku pun tak ngam ngan asrama tu juga. Maklumlah, baru enam bulan aku menginap kat sana. No wonder lah asrama tu kalau ada muka, dah lama dia mencebik kat aku.
Whatever! Jadi destinasi yang ku tuju adalah bilik yang bernombor K-1-11. Tu lah nombor bilik aku. Hmm.. apa lah nasib aku nanti dengan roommate baru (yang tak tahu sepatah haram pun bahasa melayu). But then, it’s okay! It’s a new thing to discover. Maklum juga la, aku nak meng upgrade bahasa antarabangsa aku jugak. Lupakan pasal tu, aku dah masuk ke tahun baharu. Welcome 2010! Ada azam baru yo! Heheh… saje nak tambah impak cerita. Aku mula merajinkan diri untuk mengemas barang-barang yang bertimbun (maklum saja lah.. perempuan). Lama jugak aku tunggu AJK lain datang. Sengaja nak menyengalkan bahu, tangan yang lemah gemalai ni mula manghayunkan penyapu. Huhu.. ayat seram je aku nak baca. Ingat nak hayun pedang ke, neh.. hayun penyapu pun dah kira okay ye..
Setelah ketibaan AJK lain, kami pun mula mesyuarat. Semua plan pasal orientasi siap hari tu juga. Jadi bermula lah aktiviti orientasi tahun 2010 sesi Januari. Seronok memang seronok, tapi memedihkan sendi-sendi yang terdapat di badan ini. Seronok juga dapat kenal orang baru dalam sesi kali ni. Well, like always, build some relationship to make our proxemic is okay! Souda..souda..hehehe.. banyak benda yang aku dapat improve dari orientasi kali ni. Jadi, untuk next orientasi, aku dapat perbaiki apa yang kurang. Macamlah tak tahu ye.. AJK yang lain pun banyak improvement. Langit tak selalunya cerah. (Sedih benar ayat nih.. kuang..kuang..kuang..) Manusia tak selalunya betul tapi ada jugak yang tak nak mengaku salah. Semua yang dia buat, semuanya betul. Bila orang lain buat, takde maknanya bagi dia. Tapi masa tu aku jadi pemerhati saja. From my standpoint, everyone should realize, something bad gonna happen. I’m really not like the situation. Telan je lah kan.
Semua kawan-kawan aku, punya bakat tersendiri. Hmm.. kadang-kadang, aku rasa bahagia dengan mereka. Senyum McDonald mesti ada bila lihat gelagat mereka. Betapa beruntungnya aku! Hehee… Hidup ni, bahagia dengan kawan, dan tak kisah kalau takde “special one”. Mantaplah.. Lepas je habis orientasi sesi Januari, ada JPP election la pulak. Yang terpilih dihantar training le kiranya. Lucu betul pengalaman Alapong. Semua orang letih satu badan tapi segala skills yang telah di ajar, akan di aplikasikan masa kat kolej nanti. Semua JPP dah ada jawatan masing-masing. Terkejut jugak aku, bila nama aku di umumkan jadi Timbalan Presiden. Aku tak expect pun. Aku, kalau boleh, target Exco Akademik. Aku nak merubah cara Akademik kat kolej tu. Misalnya, pembelajaran menggunakan kaedah study group yang berkesan.
Tapi tak semestinya jadi Timbalan tak dapat buat benda tu. Bermulanya JPP kat kolej ni, bermula jugak lah persahabatan kami semua dengan lebih erat lagi. Banyak perkara yang kami lalui bersama. Start tu juga lah, semua orientasi, JPP yang handle. Jujur aku katakan, aku banyak jadi pemerhati. Kadangkala mengasingkan diri untuk melihat sahaja yang lain gembira. I’m pretending that everything is alright. Bukannya aku tak bersosial. Lain orang lain caranya. Kalau tak da orang offer ajak aku keluar sama-sama, tak kan aku nak offer sendiri. Tak tahu la, aku dah terbiasa dengan cara tu. Kalau ada orang offer kita keluar sama-sama dengan mereka, kita akan rasa tidak dilupakan. Cewwahh.. ayat tu memang berat.
Sunyi memang biasa bagi aku. Tapi kalau ada orang ajak aku bersama-sama masuk dalam group, aku rasa seronok sangat-sangat. Kadang kala aku rasa cemburu tengok yang lain happy - happy gitu. Heheh.. tumpang sekaki je la. I don’t care people mention that I’m strange. They do know me? Huh, that’s the person who judges the book by its cover. Semua orang ada hak untuk megatur cara hidup masing-masing. Kadang kala, mereka tak memahami tapi berpura-pura untuk memahami. Sikap tu la yang meruntuhkan jalinan persahabatan.
Semakin lama aku rasa jauh dari semua orang. JPP yang dulunya erat, sekarang mula mudik ke haluan masing-masing. Aku jadi bingung. Apa yang boleh aku lakukan untuk cipta memori terakhir untuk kami bersama-sama dalam satu aktiviti? Syukur, Allah s.w.t, masih menginginkan satu memori untuk kami semua simpan bersama. Aku menyuarakan satu idea, satu jamuan ringkas di adakan. Tapi sebelum tu, aku nak semua JPP hadir satu sesi fotografi. Saat menunggu semua ahli hadir, hati aku memang risau, takut tak semua datang. Rasa nak nangis pun ada jugak masa tengok semua ahli datang. We’re big family! Lepas ambil gambar, kami praktis lagu untuk opening time jamuan tu nanti. Aku pilih lagu SAFE sebab, kami saling pastikan semua ahli rasa selamat bila bersama.
“how you gonna love, how you gonna feel, how you gonna live your life, like the dreams you have is real… I will keep you SAFE..,”
Lagu inspirasi adalah lagu kami masa kat Alapong. Hmm.. kalau Tn. Haji tahu lintang pukang lagu tu kami bawak, kena baling ngan kerusi agaknye. Hehehe.. tak la sampai tahap lintang pukang, Cuma lagu tu tinggi sangat (alasan.. hehehe). Saat kami praktis, satu-satu muka kawan-kawan aku scan. Teringat aku masa mula-mula jumpa mereka semua. Aku memang suka sangat bila masa mereka semua ketawa. Time aku sunyi, aku akan ketawa bila teringat bunyi ketawa dan senyuman mereka. Tak semua ahli datang. Kecewa jugak aku, sebab tak dapat satukan semua ahli keluarga. I try my best.. I’m to tired.. I feel that my heart wont beat anymore.. rasa nak menjerit ( where the rest? Don’t you all see we need to back on track together!!!) mulut ni. Apa kan daya, aku ni Cuma manusia, tak mampu nak katakan semua rancangan akan baik belaka.
Aku rasa bersalah sangat-sangat. I’m start thinking. The farewell that I plan seems burden my friends. Should I stop it? Or should I just said, ; my friends, its over now. But, I’ve been courage by some of my friend’s spirit. Back on track! I need to leave some memory for my friends and it not for me. It’s for them! What happen next, I’ll receive it openly. It’s being a mission for me.
Aku bukannya sengaja nak bebankan semua orang. I need to do it. I’m sorry friends. If I hurt you all through that way, I wish I could get support from everyone. I’m in pain too. See everyone leave nothing, there’s better have something. At least, we have the same memory together. You guys know, along the practice time, everyone shown unusual expressions where that happy face never being shown to the outside. Trust me; it’s a beautiful expression to capture inside our memory.
Malam jamuan tu pun tiba. Macam yang di jangka, tetamu yang datang tak ramai. Nama pun simple. Anyway, thanks to VIP who is willing to be with us that night. Masa lagu opening tu, rasa nak mengalir je air mata aku. Kalau aku dah nak pergi masa tu, aku akan pergi dengan aman. Semua ahli memberikan yang terbaik. Aku senyum tak henti-henti, walhal, I cry from inside. Tunggu masa nak mengalir keluar je air mata ni. Semua orang enjoy dengan cara tersendiri. Bagi aku, aku enjoy dengan melihat kawan-kawan ku enjoy. It’s enough for me.
Lepas tu, semua berendam dengan air mata. Apa yang tersimpan dalam hati, di luahkan walaupun tak sepenuhnya. Terutama bagi rakan-rakan yang akan menamatkan pengajian. It must hard for them. Setiap permulaan mesti ada penamat. Aku harap sangat yang farewell malam tu akan jadi salah satu kenangan bagi mereka dan yang lain.