Monday, September 27, 2010
My Little Sister says..
Sunday, September 5, 2010
Point of View
Saturday, September 4, 2010
Pelbagai
Ini merupakan kisah yang panoramanya pelbagai. Anugerah untuk mempunyai rasa yang tidak berani meluahkan cinta adalah sangat baik untuk aku miliki. Memang saat ini aku tidak berani. Siapalah aku untuk bercinta? Berhakkah aku? Hmm.. aku cuma insan biasa. Baru setahun setengah aku belajar. Aku perlu fokus untuk meraih kejayaan. Masa belajarku penuh dengan dugaan. Tapi dugaan itu mendewasakan aku. Cuma kadang-kadang aku lemah dan perlu mengisi kekuatan ini dengan memohon doa kepada Ilahi. Aku seorang yang tidak mahu mengenal cinta manusia. Tetapi cinta sudah menapak di dalam hati sejak azali. Dizaman persekolahan dahulu, aku memang seorang yang aktif tetapi tidak berapa fokus dalam belajar menyebabkan aku gagal di dalam akademik. Tetapi aku terus menggunakan peluang kedua yang diberikan kepadaku. Mengambil jurusan yang tidak pernah terlintas dikepalaku merupakan sesuatu yang amat seronok untuk di pelajari. Mendapat keputusan cemerlang amat membanggakan aku dan aku terus mengimbangi pelajaranku dengan aktiviti seharian seperti aktiviti agama serta pergerakkan pelajar.
Begitulah rasanya seorang pelajar yang seimbang dari pelbagai aspek. Lumrah manusia untuk bercinta agak jauh dariku. Ini kerana aku percaya ia akan dating. Sudah terpatri di dalam hati, Cuma aku perlu berdoa agar ianya benar-benar untukku. Aku mengaku selalu mengikuti perkembangan si dia. Tersenyum sendiri mengehtahui sesuatu yang baru berkenaan tentang dirinya. Namanya membuatkan aku gembira. Begitu hebatnya kebesaran Allah s.w.t menyuburkan rasa cinta kepada-NYA, sekaligus akur akan keagungannya taktala memberikan perasaan itu. Pemuda itu ku kenali pada zaman persekolahanku. Hmm.. Cuma mengenali begitu sahaja. Walau bagaimanapun, aku menyedari akan titisan cinta itu ketika di zaman kolej. Pernah aku menceritakan perihal ini kepada rakan baikku dan disarankan agar menyuarakan kepada si dia. Hanya aku tidak kuat. Pendam sahaja perasaan itu.
Walau dipendam rasa cinta itu, namun aku semakin tabah dan sentiasa menyelitkan namanya di dalam doaku agar dilindungi dari segala musibah. Pernah aku istikharah agar Allah s.w.t memberikanku petunjuk. Insyaallah. Jangan sahaja aku lalai kerana cinta. Aku redha dengan apa yang ada. Sekarang aku perlu berusaha untuk membahagiakan Ibu Bapa tercinta. Biar orang sekeliling ku bahagia dan bahagia mereka adalah bahagia ku jua.
Wednesday, September 1, 2010
writing 2
Epilog Merdeka
Nukilan : Sulastri Binti Razani.
Bicara ini kumulakan
dengan hantaran ayat-ayat salam,
Biar berenggang dengan tempat dilahirkan,
Anak watan tidak harus lupakan adat resam,
Zaman berganti kita di ingatkan,
Agar melindungi warisan zaman.
Aku bukan sekadar bermonolog kosong,
Sekadar hanya mengisi rasa patriotik di jiwa,
Dengan menitipkan semula cerita epilog merdeka,
Biarpun bukan kita yang menjulang senjata,
Cukuplah kita menjaga harta pusaka merdeka.
Jangan kau serah maruahmu kepada mereka,
Lupakah engkau keperitan para pahlawan dahulu,
Menjulang senjata untuk merdeka,
Lupakah engkau taktala keringat para pahlawan berpadu
Dengan titisan darahnya?
Jasad bernyawa itu bersumpah,
Selagi nyawa belum terpisah dari badan,
Selagi senjata masih dapat di hayunkan,
Akan terus para pahlawan mara kehadapan,
Sehingga nyawa terpisah dari jasad selamanya.
Usah kita alpha,
Kini penjajah tidak lagi guna senjata,
Minda kita dimanipulasi mereka,
Bahasa dan budaya mereka,
Seakan virus menjalar di segenap saraf kita,
Bila ditanya generasi muda,
Mengapa perlu merubah budaya?
Jawapan yang mengalun dari bibir belia,
Kami ikut peredaran masa.
Dimana letaknya budaya kita?
Adakah sekadar menjelma taktala merdeka tiba?
Andai para pahlawan masih ada,
Luluh hati mereka tika melihat
Generasi yang menjadi tunjang semangat,
Memuja penjajah yang dahulunya,
Dihalau keras dari tanah air tercinta.
Sia-sia lah usaha nenek moyang,
Setulus hati menggadai harta mereka,
Untuk Tunku Abdul Rahman ke luar Negara,
Bagi mendapatkan status merdeka buat Malaya,
Apakah usaha kita
Untuk memartabatkan perjuangan mereka?
Jangan jadi seperti yang dikatakan pepatah melayu,
Harapkan pagar, pagar makan padi.
Belajarlah untuk mengerti,
Merdeka itu bukan hanya
Laungan tujuh kali,
Bukan hanya definisi kebebasan,
Yang boleh dituturkan oleh semua usia,
Bukan juga perkataan yang boleh dipakai buang,
Merdeka itu umpama permata,
Permata yang diperolehi dari usaha,
Dijaga sebaiknya,
Digilap sentiasa,
Agar kilauannya boleh menghalau
Musuh Negara.