Sunday, October 25, 2009

One Malaysia



Pukulan Cinta

Siapa aku untuk bercinta?
Padahal Cinta agungku hanya pada-NYA,
Hamba hina mentafsir erti cinta,
Cinta sejati kononya terasa bahagia,
Rupanya sengsara.

Memang cinta lahiriah sudah wujudnya,
Benci sekalipun,
Wujud sayang pada akhirnya,
Cinta terbit atas dasar-NYA.

Hawa di cipta untuk Adam,
Bagaimana aku hendak bersengketa,
Allah jadikan manusia ada pasanganya,
Bila masa tiba,
Bertakhtalah dua hamba.

Hendak bertanya,
Aku wanita, dia teruna,
Malu pada Pencipta,
Untuk jatuh hati pada pemuda,
Tepat cirinya,
Layakkah aku untuknya?

Hanya doa yang ku beri,
Agar dirinya sentiasa di lindungi,
Walau dia tidak tahu,
Betapa peribadinya dia menawanku,
Cukup sekadar ALLAH s.w.t
Tempatku mengadu...

Sampai masanya akan bersatu dua cinta seperti Adam dan Hawa.

Thursday, October 22, 2009

Mari bertaubat... Sebelum terlambat...

Cara melaksanakan solat taubat :

Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;

  • Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
  • Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
  • Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),
  • 027alquran3.gif

    Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

  • Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,

munajat1.jpg

Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.

  • dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,

penghulu.jpg

Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.


Sebagai manusia, kita tidak sempurna. Banyak khilafnya. Allah s.w.t amat menyayangi makhluknya. Andai kita berbuat kesilapan, ada jalan kemaafan bagi kita. Allah perintahkan kita supaya melaksanakan solat taubat untuk memohon keampunan. Tapi jangan kita leka, permainan dunia sering memperdayakan kita. Taubat kita haruslah ikhlas agar kita sentiasa mendapat keredhaan dari-NYA. InsyaAllah.

Sunday, October 11, 2009

Pandanglah ke hadapan... Jangan menoleh lagi...


Hidupku mempunyai misi yang tertentu. Misi sebagai hamba ALLAH, misi sebagai anak, misi sebagai pelajar, serta misi sebagai diriku sendiri.

Hidup tak selalunya indah. Banyak liku-liku yang harus di tempuhi agar target dapat di capai. Tidak ada seorang manusia pun dapat mencapai cita-cita tanpa ada halangan.
Daripada halangan itulah, kita berusaha mengutip pahala.

Apapun, hidup ini harus ada permulaan dan bakal di akhiri dengan kematian. Semoga semua perbuatan yang dilakukan tidak mendatangkan kemurkaan kepada ALLAH s.w.t.

Assalammualaikum.

KEM JPP PPKS/ICATS..

Assalammualaikum w.b.t.h... Salam Satu Malaysia...
10 oktober yang lalu... JPP ppks/icats telah mengadakan kem JPP bertempat di Taman Negara Gading, Lundu. seramai 23 JPP (termasuk lelaki & Perempuan), diiringi oleh Puan Arrisa Vivianty dan Encik Nahzir, telah bertolak dari Kolej pada pukul 8.00 pagi dan sampai di sana pada pukul 10.00 pagi.

Setibanya di sana, JPP telah di arahkan untuk memasang khemah masing-masing. Setelah itu kami telah di beri masa merehatkan diri. Kami juga di beri peluang mandi-manda di kolam yang berdekatan.

Usai semuanya, pada pukul 2 petang, aktiviti di mulakan. Seperti biasa, mempekenalkan diri menjadi perkara penting dalam sesuatu kem. Setelah itu, "modul belajar bercakap dengan yakin" di mulakan. Kami di beri tajuk dan menbincangkannya dengan cara debat. Aktiviti ini amat menyeronokkan. Pelajar dapat memberikan pandangan masing-masing.

Selepas sesi yang panas itu, kami mendaki kaki gunung gading untuk melihat bunga raffesilia. Cantik dan besar bunga tersebut.

Baiklah.. nanti saya sambung lagi cerita ni. Letih tangan..

salam.

Thursday, October 8, 2009

Makin hampir...

Ia sudah semakin hampir... Banyak tanda-tanda besar sudah menampakkan kehampiran waktunya. Tetapi manusia semakin leka. Mengejar harta dunia yang tiada hasilnya di akhirat. Tidakkah golongan itu takut? Ingatkah kita bahawa kiamat itu pasti berlaku dan apakah bekalan akhirat kita cukup?
Sebagai hamba-NYA, aku cukup takut akan dosa yang boleh memurkakan ALLAH s.w.t. Biarlah aku di anggap pura-pura, Allah maha mengehtahui. Kita hanyalah berdiri di bumi yang nyata serta sementara ini. Setiap bencana yang berlaku merupakan peringatan dari Allah supaya kita sentiasa mengingati tujuan kita di dunia.
Semoga kita sentiasa berada di jalan yang benar serta diredhai. Moga kita sentiasa di suburkan kasih sayang dalam hati kepada setiap perbuatan yang baik. Amin.

Wednesday, October 7, 2009

selamat pagi...


Hari itu, Waktu tertentu, dan Sabtu.

Kita perlu merehatkan minda sambil merapatkan jurang yang ada.

Jalinan kasih manusia

Seandai anda mahu meluangkan waktu satu hari dalam sebulan untuk mengadakan komunikasi dengan keluarga, handai taulan dan teman-teman anda, terutama yang tinggal di daerah jauh dari anda, tentu perkara itu sangat baik sekali. Mengucapkan salam adalah sebahagian daripada berkunjung.

Perkara itu boleh kita lakukan melalui telefon, sehingga anda tidak perlu membuang masa dan mengalami kerepotan. Saya yakin, mereka akan merasa senang seraya menjawab salam anda secara spontan.

Anda juga boleh mendoakan mereka dan merasa senang mendengar khabar yang tidak kurang satu apa pun. Barangsiapa yang hendak menghendaki kebajikan, tentu Allah s.w.t akan memberikan