Tuesday, March 8, 2011

Air Mata 1

terlalu banyak peristiwa menyebabkan aku menangis. syukur ku panjatkan pada Allah s.w.t kerana masih memberikan aku perasaan yang sukar di buang. pabila melihat di sekeliling, aku pantas menjadi sebak. apakah kerana aku wanita? lahiriahnya bersifat lembut dan mudah tertawan oleh emosi? bagiku, air mata yang mengalir, punya kisah tersendiri.
1) tanda-tanda akhir.
sebak hatiku pabila islam semakin goyah di akhir zaman. aku bukanlah ahli ilmuan yang pantas membicarakan hal ini. tetapi sebagai manusia yang di anugerahi dengan akal fikiran, kita sudah boleh menilai diri. manusia berselisih tanpa mengucapkan salam. aku teringat akan kata-kata ibuku. " katakan Assalammualaikum / selamat sejahtera pada orang yang kamu selisih. ianya doa buat orang itu & juga kamu. paling tidak pun senyum." dengki bukan sifatku. walau marah mana pun, aku tetap boleh memaafkan nya. dengki hanya membuat hati tidak sihat. alpha kah manusia? pabila di nasihati, " jangan jaga tepi kain orang!". itu ayat yang sering keluar. mana pergi adab yang kita banggakan selama ini? sudah pupus oleh baratkah? mana kesucian yang kita jaga selama ini? sewenangnya, anak itu dibuang? jangan panggil mereka anak haram. bayi itu tidak berdosa. mereka tidak menginginkannya. mana perginya tanggungjawab manusia? air mata mana yang tidak bergenang?
2) pengorbanan ibu bapa.
kasih ibu bapa bawa kita ke syurga. sebagai anak, kadangkala harus berdiam untuk beberapa perkara. contohnya, taktala ekonomi keluarga kurang stabil. janganlah meminta dibelikan dolce, channel, mahupun adidas. fahamilah keadaan. kadangkala, harus berlapar untuk kebaikkan. tak salahkan sebagai anak berkorban sedikit berbanding pengorbanan ibu dan bapa. ianya serupa satu nikmat untuk merasa sekelumit kepayahan ibu dan bapa. bahagiakan mereka dengan menuruti nasihat dan ajaran agama. percayalah, ibu dan bapa tidak pernah tidak menangis kerana anak-anak. andai kesihatan anak tidak baik, merekalah yang paling bimbang waima anak hanya demam. taktala mereka sendiri sakit, sedaya upaya menyembunyikan kesakitan itu dari anak-anak. hati mana tidak menangis?
-bersambung-