Thursday, October 8, 2009

Makin hampir...

Ia sudah semakin hampir... Banyak tanda-tanda besar sudah menampakkan kehampiran waktunya. Tetapi manusia semakin leka. Mengejar harta dunia yang tiada hasilnya di akhirat. Tidakkah golongan itu takut? Ingatkah kita bahawa kiamat itu pasti berlaku dan apakah bekalan akhirat kita cukup?
Sebagai hamba-NYA, aku cukup takut akan dosa yang boleh memurkakan ALLAH s.w.t. Biarlah aku di anggap pura-pura, Allah maha mengehtahui. Kita hanyalah berdiri di bumi yang nyata serta sementara ini. Setiap bencana yang berlaku merupakan peringatan dari Allah supaya kita sentiasa mengingati tujuan kita di dunia.
Semoga kita sentiasa berada di jalan yang benar serta diredhai. Moga kita sentiasa di suburkan kasih sayang dalam hati kepada setiap perbuatan yang baik. Amin.

No comments:

Post a Comment