Sunday, August 1, 2010

Aku tak bermaksud...

Bukan aku bermaksud untuk menyakiti sesiapa. Aku bukan juga bermaksud untuk memiliki segalanya. Aku cuma mahukan semua orang bahagia. Andai aku dalam peperangan dan keluargaku jadi tawanan, dan jika nyawa jadi tukaran, akan ku penuhkan tanpa ada sebarang pertanyaan. Andai sahaja orang yang di sayang menangis, jika penawarnya sejuta rerama yang terbang, akanku usaha hingga rerama itu meriangkannya semula.

Aku amat mengerti andai manusia itu bersifat sangat berdiam. Tidakkah engkau tahu, pendiammu itu melukakan hati kecilku? Aku tak bermaksud mahu engkau mengubatinya, aku cuma meminta engkau mengertinya. Aku tak bermaksud untuk menampakkan diri terpaksa, kadangkala manusia alpha dan aku hanya minta peluang untuk mencuba. Betapa aku mengerti engkau bukan yang mudah mencari, barangkali engkau hanya mahu menemui.

Bukan mudah untuk melengkapkan isi hati tanpa ada peneman duniawi, insyaallah hingga syurga nanti. Aku bukan bermaksud terlalu untuk menyemai cinta sesama manusia. Tetapi sekadar meraih keredhaan Allah Azza Wa Jalla. Insyaallah.

Bukankah engkau sudah dapat meneka? Cuma engkau tidak peka. Memang tanggungjawab perlu dilaksana, memang hati perlu di jaga, tetapi perlukah sehingga menyakitinya? Tak perlu sama sekali. Allah itu Maha mengehtahui. Allah Ya Rahman, Ya Rahim, Dia Segalanya. JAngan engkau rasa kerdil untuk menerima cinta. Tiada paksaan untukmu mencintai dan dicintai. Andai tiada ruang untukku kerdipkan cahaya cinta kepadamu, biarlah engkau bercinta didalam doaku sahaja. Andai terlalu payah untuk memahami... Aku bukan bermaksud..

No comments:

Post a Comment