Ini merupakan kisah yang panoramanya pelbagai. Anugerah untuk mempunyai rasa yang tidak berani meluahkan cinta adalah sangat baik untuk aku miliki. Memang saat ini aku tidak berani. Siapalah aku untuk bercinta? Berhakkah aku? Hmm.. aku cuma insan biasa. Baru setahun setengah aku belajar. Aku perlu fokus untuk meraih kejayaan. Masa belajarku penuh dengan dugaan. Tapi dugaan itu mendewasakan aku. Cuma kadang-kadang aku lemah dan perlu mengisi kekuatan ini dengan memohon doa kepada Ilahi. Aku seorang yang tidak mahu mengenal cinta manusia. Tetapi cinta sudah menapak di dalam hati sejak azali. Dizaman persekolahan dahulu, aku memang seorang yang aktif tetapi tidak berapa fokus dalam belajar menyebabkan aku gagal di dalam akademik. Tetapi aku terus menggunakan peluang kedua yang diberikan kepadaku. Mengambil jurusan yang tidak pernah terlintas dikepalaku merupakan sesuatu yang amat seronok untuk di pelajari. Mendapat keputusan cemerlang amat membanggakan aku dan aku terus mengimbangi pelajaranku dengan aktiviti seharian seperti aktiviti agama serta pergerakkan pelajar.
Begitulah rasanya seorang pelajar yang seimbang dari pelbagai aspek. Lumrah manusia untuk bercinta agak jauh dariku. Ini kerana aku percaya ia akan dating. Sudah terpatri di dalam hati, Cuma aku perlu berdoa agar ianya benar-benar untukku. Aku mengaku selalu mengikuti perkembangan si dia. Tersenyum sendiri mengehtahui sesuatu yang baru berkenaan tentang dirinya. Namanya membuatkan aku gembira. Begitu hebatnya kebesaran Allah s.w.t menyuburkan rasa cinta kepada-NYA, sekaligus akur akan keagungannya taktala memberikan perasaan itu. Pemuda itu ku kenali pada zaman persekolahanku. Hmm.. Cuma mengenali begitu sahaja. Walau bagaimanapun, aku menyedari akan titisan cinta itu ketika di zaman kolej. Pernah aku menceritakan perihal ini kepada rakan baikku dan disarankan agar menyuarakan kepada si dia. Hanya aku tidak kuat. Pendam sahaja perasaan itu.
Walau dipendam rasa cinta itu, namun aku semakin tabah dan sentiasa menyelitkan namanya di dalam doaku agar dilindungi dari segala musibah. Pernah aku istikharah agar Allah s.w.t memberikanku petunjuk. Insyaallah. Jangan sahaja aku lalai kerana cinta. Aku redha dengan apa yang ada. Sekarang aku perlu berusaha untuk membahagiakan Ibu Bapa tercinta. Biar orang sekeliling ku bahagia dan bahagia mereka adalah bahagia ku jua.
No comments:
Post a Comment