Tuesday, November 2, 2010

Kesempatan

di kesempatan ini aku menulis sedikit untuk memenuhi masa yang ada. pelbagai panorama yang boleh kita lihat sekarang. tapi kita (manusia) semakin lalai, termasuk aku sendiri. bagaimana harus mengurangkan kelalaian ini? tidak ada yang sempurna pun seorang manusia. tetapi berusaha untuk mencari tempat bersama payungan kasih Allah s.w.t.
dunia ini semakin tua. runtuh dan musnahnya bumi, tiada siapa yang tahu. hanya Allah s.w.t. yang Maha Mengehtahui. saat hadirnya kiamat, tiada pelusuk kecil untuk kita berselindung. manusia akan hancur dan akan menunggu tiupan sangkakala kedua untuk dibangkitkan dipadang masyar kelak. penimbangan amalan akan berlaku untuk menentukan syurga atau neraka? bila beramal dengan elok didunia, janji Allah s.w.t yakni syurga akan menyambut kita.
siapa yang tidak inginkan syurga yang nikmatnya tidak mampu di ungkap dengan kata - kata. cuma kita berusaha memperbaiki diri kita dari hari ke hari untuk mendekatkan diri sentiasa dengan Allah s.w.t. Amin.

No comments:

Post a Comment